My Add

Wednesday 29 January 2014

Rayuan Anwar untuk gugurkan Shafee 11 Feb.

PUTRAJAYA, SELASA, 28 Januari, 2014: Rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan berhubung permohonan kali keduanya untuk menggugurkan peguam, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang itu ditangguhkan sehingga 11 Februari ini.

Tarikh tersebut ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Mohd. Izzudin Mohamad di sini hari ini.

Rayuan itu sepatutnya didengar hari ini, namun terpaksa ditangguhkan selepas peguam Tommy Thomas yang mewakili Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Anwar mengemukakan rayuan setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan pada 20 Disember 2013 yang menolak permohonan keduanya itu yang bersandarkan kepada akuan berkanun (SD) bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim.

Rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pula dijadualkan didengar di Mahkamah Rayuan pada 12 dan 13 Februari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment