My Add

Wednesday, 29 January 2014

Pemuda UMNO mahu BN bertanding di Kajang

KUALA LUMPUR, SELASA, 28 Januari, 2014: Pergerakan Pemuda UMNO mahu Barisan Nasional (BN) bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang dikosongkan oleh ADUNnya, Lee Chin Cheh.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, penyertaan BN itu wajar sebagai tanda bantahan terhadap pengkhianatan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kepada amanah yang diberikan pengundi DUN tersebut sebelum ini dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Jelasnya, bagaimanapun pucuk pimpinan parti diminta agar tidak terikat dengan sistem pembahagian lama seperti sebelum ini dalam memilih calon BN kelak.

"Kita mahu calon yang benar-benar layak diberi peluang untuk mewakili BN nanti dan tidak semestinya datang dari MCA.

"Ini bukan bermakna saya menolak MCA. Kalau ada calon luar atau tokoh agama yang layak juga kita akan menerimanya.," katanya ketika menghadiri Mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda UMNO di Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment