Rafizi jangan letak kelemahan di bahu orang lain
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 30 Januari, 2014: Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli diingatkan supaya tidak meletakkan kelemahan diri sendiri di atas bahu orang lain apabila mengaitkan tindakan mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang oleh wakil rakyat parti itu dengan UMNO.
Ingatan itu disuarakan Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Nazir Hussin Akhtar Hussin ketika merujuk kenyataan Rafizi yang secara tiba-tiba meletakkan UMNO di sebalik tindakan berkenaan.
Bagi menutup kesilapan dan tindakan mengosongkan kerusi DUN Kajang tanpa sebarang alasan yang kukuh, Rafizi membuat tuduhan tanpa asas dengan meletakkan kesalahan tersebut kepada UMNO.
Jangan sampai kerosakan rumah tangga sendiri, orang lain yang dituduh, kerana amalan politik kotor seperti ini tidak akan mampu mematangkan fikiran rakyat. Permohonan maaf yang keluar dari mulutnya hanyalah sebagai ulam politik semata-mata," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment