Gerakan sedia bantu kempen
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 31 Januari, 2014: Gerakan menegaskan untuk tidak `merebut atau meletakkan calon bagi bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, sebaliknya berpegang kepada prinsip menyokong `hak milik sedia ada iaitu MCA.
Presidennya, Datuk Mah Siew Keong berkata, bagaimanapun perkara itu terpulang kepada Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan mengenai soal calon.
Namun jelasnya, gerak kerja Gerakan untuk berdepan pilihan raya berkenaan sudah bermula dengan pembentukan Jawatankuasa PRK DUN Kajang parti.
"Kita (Gerakan) menyokong penuh siapa pun yang bertanding. Tetapi, yang membuat keputusan (meletak calon) terpulang kepada Pengerusi BN (Najib).
"Namun, secara prinsipnya, biarlah kekal MCA sebab sebelum ini pun calon MCA yang bertanding. Walaupun MCA, kita akan turun padang menyokong kerana itulah semangat BN, katanya ketika ditemui dalam majlis Rumah Terbuka Gerakan sempena Tahun Baharu Cina di Dewan Wawasan Tun Dr. Lim Keng Yaik, Menara PGRM di sini hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment