My Add

Thursday, 30 January 2014

Bank Negara kekal OPR tiga peratus

KUALA LUMPUR, RABU, 29 Januari, 2014: Bank Negara Malaysia mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus, meskipun menjangka paras inflasi berada pada paras yang tinggi selepas ini.

Bank pusat itu berkata, inflasi negara meningkat kepada 3.2 peratus pada Disember lalu, manakala inflasi secara purata ialah 2.1 peratus bagi keseluruhan 2013.

Jelasnya, peningkatan inflasi itu disebabkan oleh gangguan dalam bekalan berikutan keadaan cuaca yang buruk dan kos dalam negeri yang lebih tinggi.

"Bagi ekonomi Malaysia, penunjuk yang ada menunjukkan ekonomi mencatat pertumbuhan yang mapan pada suku keempat 2013.

"Peningkatan dalam eksport telah menyokong ekonomi pada suku tersebut manakala permintaan dalam negeri kekal kukuh,'' kata BNM dalam kenyataan hari ini.

Tambah kenyataan itu lagi, pada masa hadapan, momentum pertumbuhan dijangka berterusan dalam keadaan prestasi sektor luaran yang bertambah baik.

Aktiviti pelaburan juga dijangka kekal teguh, didorong oleh perbelanjaan modal sektor swasta, terutamanya sektor perlombongan, perkilangan dan perkhidmatan, katanya.

"Bagaimanapun, permintaan dalam negeri dijangka lebih sederhana mencerminkan penggabungan sektor awam yang berterusan dan pertumbuhan penggunaan swasta yang lebih perlahan,'' ujar BNM. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment