UMNO Pulau Pinang selar kain rentang provokasi
KEPALA BATAS 26 Januari, 2014: Badan Perhubungan UMNO negeri menyelar tindakan melampau pihak tidak bertanggungjawab yang menggantung kain rentang berunsur provokasi agama di tiga tempat di negeri ini.
Pengerusinya, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, pihaknya melihat perbuatan tersebut sebagai tindakan provokasi tahap tertinggi yang bertujuan untuk mewujudkan suasana tegang dalam kalangan penganut pelbagai agama di negeri ini.
, AHAD,
"Kita mengutuk perbuatan tersebut dan Pemuda UMNO negeri telah membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Patani dan berharap satu siasatan terperinci dijalankan.
"Saya tidak faham kenapa tindakan biadab ini dibawa ke negeri ini dan seolah-olah mahu menyaksikan orang Islam dan Kristian bergaduh. Sudah pasti kita berasa sedih apabila perkara begini berlaku," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan pihak tertentu yang menggantung kain rentang bertulis Allah is great (Allah itu hebat) dan Jesus is the son of Allah (Jesus adalah anak lelaki Allah) di tiga buah gereja di negeri ini dalam kejadian awal pagi tadi.
Kain rentang berkenaan masing-masing digantung di perhentian bas berhadapan Gereja St. John Britto di Jalan Sungai Pinang, di pagar Gereja Assumption di Lebuh Farquhar dan satu lagi di pagar Gereja The Immaculate Conception di Pulau Tikus, dekat sini.
Zainal Abidin menasihatkan umat Islam dan penganut Kristian di negeri ini supaya tidak mengambil tindakan terburu-buru dan mengawal emosi ketika berhadap dengan isu berkenaan yang dianggap sensitif.
"Kita serahkan kepada pihak polis untuk siasat dan ambil tindakan mengikut saluran undang-undang. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment