Oleh MD. AZRIN ROSLY
KUCHING, RABU, 29 Januari, 2014: Ekonomi Sarawak diunjur akan bertambah kukuh dan tumbuh pada kadar lima peratus berbanding 4.5 peratus tahun lalu.
Menurut Menteri Pelancongan dan Perumahan negeri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, pertumbuhan tersebut akan dipacu oleh permintaan domestik pada kadar 9.4 peratus dan eksport sebanyak 9.3 peratus.
"Prestasi ini juga akan disokong oleh pertumbuhan pelaburan swasta sebanyak 18.2 peratus, selaras dengan kerancakan aktiviti ekonomi domestik dan prospek ekonomi global yang lebih baik.
"Ini akan meningkatkan perbelanjaan swasta dan awam yang diunjurkan berkembang pada kadar 9.4 peratus dan lima peratus," katanya.
Beliau berucap demikian ketika mewakili Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud merasmikan penutupan Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional Peringkat Negeri Sarawak di sini hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.
Abang Johari berkata, dari sudut penawaran, sektor pembinaan dijangka akan tumbuh sebanyak 10.8 peratus pada tahun ini dengan adanya sokongan pembangunan yang berterusan di kawasan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE).
"Sektor perkhidmatan dijangka tumbuh sebanyak 5.7 peratus, selaras dengan permintaan domestik yang lebih kukuh.
"Sektor pembuatan pula tumbuh pada kadar 5.4 peratus disokong oleh pertumbuhan industri berasaskan sumber," ujarnya. - UTUSAN
* ABANG Johari Tun Openg (kanan) bersama Ahmad Maslan sempat melihat pameran pembangunan Sarawak pada majlis penutupan Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional (PENA) peringkat Negeri Sarawak di Kuching, semalam. - BERNAMA |
Menurut Menteri Pelancongan dan Perumahan negeri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, pertumbuhan tersebut akan dipacu oleh permintaan domestik pada kadar 9.4 peratus dan eksport sebanyak 9.3 peratus.
"Prestasi ini juga akan disokong oleh pertumbuhan pelaburan swasta sebanyak 18.2 peratus, selaras dengan kerancakan aktiviti ekonomi domestik dan prospek ekonomi global yang lebih baik.
"Ini akan meningkatkan perbelanjaan swasta dan awam yang diunjurkan berkembang pada kadar 9.4 peratus dan lima peratus," katanya.
Beliau berucap demikian ketika mewakili Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud merasmikan penutupan Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional Peringkat Negeri Sarawak di sini hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.
Abang Johari berkata, dari sudut penawaran, sektor pembinaan dijangka akan tumbuh sebanyak 10.8 peratus pada tahun ini dengan adanya sokongan pembangunan yang berterusan di kawasan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE).
"Sektor perkhidmatan dijangka tumbuh sebanyak 5.7 peratus, selaras dengan permintaan domestik yang lebih kukuh.
"Sektor pembuatan pula tumbuh pada kadar 5.4 peratus disokong oleh pertumbuhan industri berasaskan sumber," ujarnya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment