My Add

Sunday 26 January 2014

JKM sedia beri kaunseling kepada pelajar dipaksa makan rumput

BETONG (Sarawak), AHAD, 26 Januari, 2014: Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedia memberi kaunseling, jika perlu, kepada dua murid dalam kes dihukum makan rumput, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

"Pegawai JKM telahpun berjumpa kanak-kanak terbabit dan keluarga mereka pukul 11 pagi tadi untuk menyiasat perkara sebenar yang berlaku.

"Esok pula mereka akan berjumpa dengan pihak sekolah bagi tujuan sama," katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan Bantuan Awal Persekolahan kepada 786 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pusa dan 250 murid Sekolah Kebangsaan Kalok hari ini.

Rohani, ya, AHADng juga Anggota Parlimen Batang Lupar, berkata masyarakat perlu memahami amat penting menjaga kesejahteraan emosi dan tingkah laku kanak-kanak sekali gus menjejaskan pelajaran mereka.

"Mungkin kerana kejadian ini juga boleh menyebabkan mereka tidak mahu datang ke sekolah kerana malu diejek kawan-kawan," katanya.

Dalam insiden itu, seorang guru menggantung loceng di leher dua murid tahun empat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Khai Meng di Sungkai, Perak serta memaksa mereka makan rumput selepas gagal menyiapkan tugasan mata pelajaran Bahasa Inggeris. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment