My Add

Friday, 17 January 2014

900 kanak-kanak di Jepun keracunan

TOKYO, JUMAAT, 17 Januari, 2014: Seramai 905 kanak-kanak di beberapa buah sekolah rendah di pusat bandar di Jepun di sini telah jatuh sakit kerana disyaki keracunan makanan, kata para pegawai semalam.

Lembaga pendidikan tempatan berkata, jumlah pelajar yang mengalami muntah-muntah dan cirit-birit itu mencecah 905 orang sehingga lewat petang semalam yang membabitkan 14 buah sekolah rendah di Hamamatsu yang terletak 200 kilometer (km) di barat daya Tokyo.

Katanya lagi, seramai 40 orang guru dan kakitangan di sekolah tersebut turut menunjukkan simptom-simptom keracunan makanan. - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment