My Add

Thursday, 9 January 2014

ADUN DAP 'membisu'

SHAH ALAM, RABU, 08 Januari, 2013: Tiga wakil rakyat dari DAP yang sebelum ini mencadangkan supaya Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 dipinda bagi memastikan hak orang bukan Islam dibela mengambil sikap berdiam diri dan mengelak untuk mengulas mengenainya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damansara Utama, Yeo Bee Yin dan ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini enggan memberikan sebarang komen.

ADUN Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran yang dihubungi pula bersetuju memberikan kenyataan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) tetapi sehingga pukul 6 petang hari ini beliau masih agal berbuat demikian dan tidak menjawab panggilan telefon.

Cadangan ketiga-tiga wakil rakyat DAP tersebut dibuat susulan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas sebanyak 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah dalam serbuan di premis Persatuan Bible Malaysia di Jalan Gasing, Petaling Jaya pada Khamis lalu. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment