![]() |
| Teoh Seang Hooi |
Pengerusinya, Teoh Seang Hooi berkata, langkah itu membebankan penduduk yang rata-rata berpendapatan rendah serta menjejaskan perniagaan di kawasan berkenaan apatah lagi tiada keperluan mendesak bagi tujuan tersebut.
Menurutnya, tindakan MPSP itu pernah dibantah pada 2011 sebelum kawasan kutipan dikurangkan kepada tiga lokasi iaitu di sekitar pekan Nibong Tebal.
Bagaimanapun, tambah beliau, MPSP dijangka melaksanakan kutipan letak kereta itu di seluruh kawasan SPS tahun ini selepas ditangguhkan beberapa kali sebelum ini.
"Ketika saya menjadi Ahli Majlis MPSP, pelaksanaan sistem ini pernah dibantah kerana membebankan penduduk yang rata-rata berpendapatan rendah selain peniaga kecil di kawasan itu akan terjejas.
"Malah, kami juga ada membuat kaji selidik dalam kalangan penduduk dan mendapati hampir 96 peratus penduduk membantah langkah itu dilaksanakan sepenuhnya," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment