Oleh HAKIMI ISMAIL
PUTRAJAYA, RABU, 08 Januari, 2014: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kini mengintai peluang untuk mengeksport hasil pertanian tempatan ke Iraq melalui kerjasama dua hala membabitkan kedua-dua negara.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajudin Abdul Rahman berkata, kerjasama tersebut akan didrafkan selepas Malaysia menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Iraq dalam masa terdekat.
Beliau berkata, kerjasama tersebut merupakan khabar gembira kepada usahawan-usahawan tempatan dan syarikat bumiputera yang ingin mencari pasaran baharu di peringkat antarabangsa.
"Iraq ketika ini sedang membangunkan semula sektor pertanian setelah berlaku peperangan di negara tersebut, wakil negara berkenaan telah menunjukkan minat untuk menjalinkan kerjasama dengan Malaysia.
"Sehubungan itu, saya menjemput usahawan dan syarikat bumiputera tempatan tampil mempromosikan produk masing-masing untuk dieksport ke Iraq," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Terdahulu, Tajudin menerima kunjungan hormat Timbalan Menteri Pertanian Iraq, Dr. Ghazi Radi Rekan dan Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan dan Pentadbiran negara itu, Obaid Mahal Fraij di kementeriannya di sini.
Menurut Tajudin, Iraq juga melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang berpotensi untuk memasarkan hasil pertanian mereka seperti beras, kurma dan barli.
"Ghazi Radi menjelaskan bahawa hasil kurma di Iraq adalah yang terbaik dalam kalangan negara Asia Barat, oleh itu kita menyambut baik sekiranya mereka berhasrat untuk mengeksport hasil tanaman tersebut ke Malaysia," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai kunjungan hormat tersebut, Tajudin menjelaskan, ia membuktikan kesungguhan Iraq untuk menjalinkan kerjasama pertanian dengan Malaysia.
"Kementerian berpendapat pertemuan ini adalah baik dan dapat memberikan manfaat jangka panjang kepada hubungan dua hala antara Malaysia dan Iraq khususnya dalam bidang pertanian.
"Kita juga akan melakukan lawatan balas ke Iraq bagi meninjau peluang pertanian yang boleh dimanfaatkan oleh usahawan-usahawan dan syarikat bumiputera di negara berkenaan," katanya. - UTUSAN
![]() |
* TAJUDIN Abdul Rahman (kanan) bersalaman dengan Dr. Ghazi Radi Rekan semasa kunjungan Timbalan Menteri Pertanian Iraq itu di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Putrajaya, semalam. |
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajudin Abdul Rahman berkata, kerjasama tersebut akan didrafkan selepas Malaysia menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Iraq dalam masa terdekat.
Beliau berkata, kerjasama tersebut merupakan khabar gembira kepada usahawan-usahawan tempatan dan syarikat bumiputera yang ingin mencari pasaran baharu di peringkat antarabangsa.
"Iraq ketika ini sedang membangunkan semula sektor pertanian setelah berlaku peperangan di negara tersebut, wakil negara berkenaan telah menunjukkan minat untuk menjalinkan kerjasama dengan Malaysia.
"Sehubungan itu, saya menjemput usahawan dan syarikat bumiputera tempatan tampil mempromosikan produk masing-masing untuk dieksport ke Iraq," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Terdahulu, Tajudin menerima kunjungan hormat Timbalan Menteri Pertanian Iraq, Dr. Ghazi Radi Rekan dan Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan dan Pentadbiran negara itu, Obaid Mahal Fraij di kementeriannya di sini.
Menurut Tajudin, Iraq juga melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang berpotensi untuk memasarkan hasil pertanian mereka seperti beras, kurma dan barli.
"Ghazi Radi menjelaskan bahawa hasil kurma di Iraq adalah yang terbaik dalam kalangan negara Asia Barat, oleh itu kita menyambut baik sekiranya mereka berhasrat untuk mengeksport hasil tanaman tersebut ke Malaysia," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai kunjungan hormat tersebut, Tajudin menjelaskan, ia membuktikan kesungguhan Iraq untuk menjalinkan kerjasama pertanian dengan Malaysia.
"Kementerian berpendapat pertemuan ini adalah baik dan dapat memberikan manfaat jangka panjang kepada hubungan dua hala antara Malaysia dan Iraq khususnya dalam bidang pertanian.
"Kita juga akan melakukan lawatan balas ke Iraq bagi meninjau peluang pertanian yang boleh dimanfaatkan oleh usahawan-usahawan dan syarikat bumiputera di negara berkenaan," katanya. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment