My Add

Sunday, 5 January 2014

Guan Eng cuba alih isu

PULAU PINANG, SABTU, 04 Januari, 2013: Ketua Menteri, Lim Guan Eng dilihat cuba mengalih perhatian dalam isu pembelian Mercedes-Benz S300L sebagai kenderaan rasminya dengan mendedahkan kononnya berlakunya pembaziran Kerajaan Pusat seperti dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Dalam masa sama, Guan Eng mengambil peluang mengkritik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kononnya tidak mengambil tindakan daripada pendedahan Laporan Ketua Audit Negara itu tetapi lebih berminat dengan isu pembelian Mercedes-Benz oleh kerajaan negeri ini.

Malah, beliau secara sinis mengalu-alukan siasatan oleh SPRM berhubung pembelian kereta itu dan bersedia memberi kerjasama kerana yakin tidak mempunyai sebarang perkara untuk disembunyikan.

"Saya pasti SPRM akan mendapati kerajaan negeri Pulau Pinang adalah bersih seperti mana slogan kami kerana urus niaga keseluruhan bagi pembelian Mercedes-Benz benar-benar mematuhi prosedur dan undang-undang dengan dokumen yang sah," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam, sebuah portal berita melaporkan kononnya SPRM telah memulakan siasatan berhubung pembelian kereta jenis Mercedes-Benz oleh kerajaan negeri Pulau Pinang itu, namun dinafikan oleh badan itu.

Guan Eng sebelum ini dikritik pelbagai pihak selepas meluluskan pembelian kereta jenis Mercedes-Benz itu sebagai kenderaan rasminya kerana disifatkan bermewah-mewah serta pembaziran.

Pembelian itu juga menimbulkan persoalan memandangkan dibuat dalam tempoh hanya kira-kira tiga bulan selepas kerajaan negeri membeli kereta jenis Toyota Camry 2.5 sebagai kenderaan rasmi Guan Eng.

Dalam masa sama, kelulusan yang dibuat kerajaan negeri itu bertentangan dengan sikap Guan Eng sendiri yang sering menonjolkan diri sebagai pemimpin berjiwa rakyat termasuk pernah mengkritik kerajaan negeri Terengganu berhubung perkara sama pada 2008. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment