My Add

Saturday, 4 January 2014

Harimau Malaya antara terbaik di Asia Tenggara

KUALA LUMPUR, SABTU, 04 Januari, 2013: Malaysia boleh dianggap antara pasukan bola sepak terbaik di Asia Tenggara kerana merupakan satu-satunya negara di rantau ini yang masih mempunyai peluang layak ke pusingan akhir Piala Asia 2015.

Menyangkal dakwaan standard bola sepak negara merosot, pengurus pasukan Harimau Malaya, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, kedudukan Malaysia dalam kempen Piala Asia 2015 adalah lebih baik berbanding Singapura, Thailand, Indonesia dan Vietnam.

Beliau berkata, keempat-empat negara itu tidak mempunyai peluang untuk mara ke pusingan akhir Piala Asia 2015 selepas menduduki tangga tercorot dalam kumpulan masing-masing di peringkat pusingan kelayakan.

"Walaupun pintu ke pusingan akhir belum tertutup, kita masih ada peluang dan akan berusaha keras untuk menang ke atas Yaman nanti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran pameran siri penjelajahan trofi Piala Dunia FIFA 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Harimau Malaya, di bawah bimbingan jurulatih sementara Datuk Ong Kim Swee, kini menduduki tangga ketiga dalam Kumpulan D dengan mengumpul empat mata selepas lima perlawanan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment