![]() |
| Add caption |
Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataannya semalam menyatakan, kenaikan tersebut disebabkan oleh kenaikan sewa yang lebih besar bagi rumah teres dan rumah bandar serta apartmen dan kondominium.
Harga dalam kategori makanan dan minuman bukan alkohol meningkat sebanyak 3.9 peratus berbanding 3.7 peratus pada Oktober 2013, bagaimanapun inflasi bagi kategori IHP lain secara relatif kekal stabil pada bulan November lalu.
Dari segi keadaan monetari, BNM menjelaskan kadar antara bank stabil pada bulan November dengan kadar pinjaman runcit, kadar pinjaman asas (BLR) purata bank perdagangan kekal tidak berubah pada 6.53 peratus.
Kadar deposit runcit juga secara relatif stabil pada bulan berkenaan. Pada asas tahunan, pertumbuhan wang secara luas atau M3 menjadi sederhana kepada 6.7 peratus.
Peningkatan dalam M3 disebabkan pemberian kredit kepada sektor swasta oleh sistem perbankan, bagaimanapun, peningkatan ini diimbangi sebahagiannya oleh tuntutan bersih yang lebih rendah terhadap kerajaan serta aliran keluar portfolio bersih.
Pembiayaan bersih kepada sektor swasta meningkat sebanyak 9.2 peratus dalam keadaan pertumbuhan terbitan bersih sekuriti hutang swasta (PDS) yang sederhana dan pertumbuhan pinjaman terkumpul sistem perbankan yang stabil.
Pinjaman perniagaan dan isi rumah terkumpul berkembang pada kadar yang stabil berikutan paras pengeluaran pinjaman yang terus kukuh berbanding dengan bulan-bulan sebelumnya.
Permintaan terhadap pinjaman secara keseluruhan terus kukuh dengan permohonan pinjaman yang berterusan daripada sektor perniagaan dan sektor isi rumah.
Sementara itu, menurut BNM, permodalan sistem perbankan kekal kukuh dengan Nisbah Modal Ekuiti Biasa Kumpulan 1, Nisbah Modal Kumpulan 1 dan Nisbah Jumlah Modal masing-masing pada 12 peratus, 12.9 peratus dan 14.3 peratus.
Paras pinjaman terjejas bersih terus stabil pada 1.4 peratus daripada pinjaman bersih, manakala perlindungan kerugian pinjaman terus melebihi 90 peratus.
Dari segi kadar pertukaran dan rizab antarabangsa pula, nilai ringgit menyusut berbanding dengan kebanyakan mata wang rakan perdagangan utama Malaysia, kecuali yen Jepun.
Ringgit dan kebanyakan mata wang serantau susut nilai berbanding dengan dolar Amerika Syarikat (AS) susulan pengumuman penunjuk ekonomi di AS yang lebih baik daripada jangkaan, lantas membangkitkan semula jangkaan bahawa pelonggaran operasi monetari akan dilaksanakan oleh Federal Reserve AS.
Ini telah menyebabkan aliran dana keluar daripada pasaran kewangan serantau.
Pada tempoh antara 1 hingga 18 Disember, nilai ringgit terus menyusut berbanding dengan mata wang rakan perdagangan utama Malaysia.
Rizab antarabangsa sebanyak RM440.8 bilion pada 13 Disember 2013, memadai untuk membiayai 9.4 bulan import tertangguh dan 3.7 kali hutang luar negeri jangka pendek. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment