My Add

Monday, 6 January 2014

Isu Mercedes-Benz dedah 'wajah sebenar' Guan Eng

KUALA LUMPUR, AHAD, 05 Januari, 2013: Isu pembelian kereta Mercedes-Benz S300L yang hangat diperkatakan kini telah mendedahkan 'wajah sebenar' Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mempunyai sikap bermuka-muka.

Presiden Pertubuhan Jaringan Cina Malaysia, Ng Lum Yong berkata, jelas kini Guan Eng bukanlah seperti yang digambarkan sama ada melalui dirinya sendiri mahu pun pengikutnya bahawa beliau seorang pemimpin yang merendah diri, berhemah dan berjimat-cermat.

Malah katanya, prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang kononnya menjadi pegangan Setiausaha Agung DAP yang jawatannya belum disahkan itu hanya omong kosong semata-mata.

"Rakyat kini boleh menilai sendiri inikah pemimpin yang boleh dijadikan contoh. Tidak sampai tiga bulan guna kereta Toyota Camry 2.5, sekarang sudah tukar kereta mewah pula.

"Malah dalam isu ini timbul perkara-perkara yang tidak logik seperti harga kereta yang bernilai RMRM657,218 tetapi dibeli dengan harga RM298,263.75. Kalau beliau betul-betul telus, sila jelaskan dengan lebih lanjut pembelian itu beserta bukti, bukan bercakap kosong sahaja," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Menurut Lum Yong, Guan Eng sebelum ini pernah mengkritik Kerajaan Terengganu kerana membeli kereta jenama serupa bagi tujuan sama pada 2008 dengan menyifatkannya sebagai pembaziran.

Dengan apa yang berlaku padanya hari ini, jelas beliau, Guan Eng umpama meludah ke langit terkena hidung sendiri.

"Sikap pemimpin seperti apa ini yang mengutuk dan menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) suka membazir tetapi dalam masa sama beliau pun serupa?

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri menggunakan Proton Perdana sebagai kenderaan rasmi. Guan Eng cakap tak serupa bikin dan rakyat perlu menilai sikapnya ini yang bermuka-muka," katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment