My Add

Wednesday, 15 January 2014

Kes tumbuk Kamalanathan akan diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya

KUALA LUMPUR, SELASA, 14 Januari, 2014: Kertas siasatan berhubung kes serangan terhadap Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan dijangka akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya esok.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, kertas siasatan kes itu telah selesai selepas polis merekodkan keterangan 20 saksi setakat ini.

“Setakat ini polis telah memanggil 20 saksi bagi membantu siasatan dan kami menjangka akan memajukan kertas siasatan kepada pihak pendakwa raya esok," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Dalam kejadian kelmarin, Kamalanathan yang juga Ahli Parlimen Hulu Selangor cedera ringan di leher selepas ditumbuk seorang guru dalam satu program yang dianjurkan di kawasan itu.- UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment