My Add

Sunday, 5 January 2014

Lagi laporan polis berhubung isu Kalimah Allah

PETALING JAYA, AHAD, 05 Januari, 2013: Tiga lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis bagi menyatakan bantahan terhadap pendirian pengarang majalah mingguan Katolik ’The Herald" Paderi Lawrence Andrew berhubung isu penggunaan kalimah ’Allah’.

Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah yang mewakili dua NGO lain iaitu Sekretariat NGO Gabungan Negeri Selangor dan Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan berhubung perkara itu.

“Kami menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas di atas isu tersebut serta menahan dan menyoal siasat paderi itu," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini.

Pada 27 Disember lalu, Andrew berkata gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya yang menggunakan bahasa Malaysia meskipun JAIS akan menghantar notis peringatan mengenai larangan pengunaan kalimah itu oleh bukan Islam.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shad November lalu telah menitahkan semua rakyat di negeri itu perlu akur dan patuh terhadap larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam seperti termaktub dalam Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) 1988. - Bernama 

No comments:

Post a Comment