My Add

Friday, 17 January 2014

Mangsa kemalangan ditemui selepas 3 hari hilang

KOTA KINABALU, JUMAAT, 17 Januari, 2014: Tanda-tanya tentang kehilangan seorang pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan berhampiran lampu isyarat Hotel Sutera Harbour di sini, Selasa lalu, akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemukan di dalam sebatang parit berhampiran lokasi kejadian, semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata, mangsa, Nelson Thien Hua Keong, 33, yang terlentang dalam parit sedalam dua meter ditemukan oleh pekerja sebuah syarikat kontraktor pemasangan kabel kira-kira pukul 11 pagi.

Katanya, mangsa sebelum ini dilaporkan hilang selepas kemalangan berkenaan dan usaha mencarinya dilakukan oleh keluarga mangsa termasuk memeriksa senarai pendaftaran pesakit di hospital-hospital sekitar kawasan Kota Kinabalu.

“Mayat mangsa sukar dikesan pada hari kejadian kerana faktor hujan lebat dan banjir sekitar bandar raya," katanya di sini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment