Oleh ASLIZA MUSA
IPOH, SABTU, 04 Januari, 2013: Kebimbangan seorang isteri tentang suaminya yang tidak pulang ke rumah sejak kelmarin akhirnya terjawab setelah lelaki itu ditemui mati bersama seorang wanita di dalam sebuah kereta di Bandar Cyber dekat sini malam tadi.
Mereka yang masing-masing berusia 58 dan 51 tahun ditemui tanpa pakaian di dalam kedai perkakasan logam milik mangsa lelaki itu di belakang sebuah hotel bajet pada pukul 9 malam.
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam berkata, sebelum itu, isteri lelaki tersebut membuat laporan polis mengenai kehilangan suaminya pada pukul 7.55 malam.
Katanya, dia kemudian pergi ke kedai milik suaminya sebelum mendapati terdapat kepulan asap daripada premis lalu memecah masuk ke dalamnya.
"Sebaik sahaja masuk, wanita itu menemukan suaminya bersama seorang wanita lain yang tidak dikenali di dalam sebuah kereta Proton Wira milik mangsa lelaki.
"Kedua-duanya bagaimanapun sudah tidak bernyawa. Ketika ditemui enjin dan pendingin hawa kereta itu belum dimatikan," katanya di sini hari ini.
Paramasivam berkata, pemeriksaan mendapati kereta dipercayai milik mangsa wanita itu iaitu jenis Proton Iswara berada di luar premis berkenaan.
Menurutnya, siasatan lanjut mendapati tiada kesan kecederaan di bahagian tubuh mayat kedua-dua mangsa.
"Kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kejadian," ujarnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika dihubungi berkata, hasil laporan bedah siasat menunjukkan kematian kedua-dua mangsa adalah akibat terhidu gas monoksida. - UTUSAN
![]() |
* POLIS melakukan siasatan di lokasi dua mayat ditemui dalam sebuah kereta di Bandar Cyber, Ipoh, Perak, semalam. |

No comments:
Post a Comment