My Add

Tuesday, 7 January 2014

Nor Hayati wanita pertama Setiausaha Politik PM

KUALA LUMPUR, ISNIN, 06 Januari, 2013: Ketua Wanita UMNO Selangor, Datuk Nor Hayati Onn hari ini mencatat sejarah baharu negara apabila menjadi wanita pertama dilantik sebagai Setiausaha Politik Perdana Menteri.

Nor Hayati, 50, berkata, selain menjadi kebanggaan golongan wanita, ia turut membuktikan pengiktirafan Wanita UMNO sebagai tulang belakang parti itu tidak sia-sia.

''Pelantikan ke jawatan ini adalah langkah pertama untuk golongan wanita diangkat lebih tinggi lagi. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana ini semua berkat kerja keras Wanita UMNO di bawah teraju Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

''Terima kasih kepada Perdana Menteri yang telah memberi ruang dan peluang kepada wanita untuk turut sama setanding dengan barisan golongan lelaki dalam menerajui negara ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nor Hayati hari ini merupakan antara salah seorang daripada empat setiausaha politik yang mengangkat sumpah simpan rahsia di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan disaksikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.

Tiga setiausaha politik yang lain ialah Setiausaha Politik kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dr. Zuraidi Ishak, Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Khairolnezam Shaari dan Setiausaha Politik kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Megat Firdouz Megat Junid. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment