Ong Ka Chuan Setiausaha Agung baharu MCA
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 02 Januari, 2013: Datuk Seri Ong Ka Chuan dilantik sebagai Setiausaha Agung MCA yang baharu manakala Ketua MCA Bahagian Teluk Intan Datuk Seri Kuan Peng Soon sebagai Bendahari Agung MCA.
Anggota Parlimen Tanjung Piai Datuk Wee Jeck Seng pula dilantik sebagai timbalan setiausaha agung parti, Ketua MCA Bahagian Titiwangsa Datuk Alex Chuah Poh Kiang sebagai timbalan bendahari agung manakala bekas Naib Ketua Pemuda Datuk Yoo Wei How pula sebagai setiausaha organisasi kebangsaan MCA.
Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika mengumumkan pelantikan itu berkata Wee turut dilantik menganggotai jawatankuasa pusat parti.
Ong, anggota Parlimen Tanjung Malim pernah memegang jawatan setiausaha agung parti dan sebelum pemilihan terbaharu, merupakan anggota jawatankuasa pusat MCA.
"Semua pemimpin dan anggota parti perlu kembali sebagai satu pasukan bagi menumpukan kepada usaha mentransformasi parti selepas mengalami kekalahan teruk pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pusat MCA pertama selepas pemilihan semula kepimpinan pusat pada 21 Dis lepas, di Wisma MCA di sini. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment