My Add

Saturday, 4 January 2014

Projek perluasan Masjidil Haram
 * ARAB Saudi memperuntukkan sejumlah 5,800 hartanah bernilai 75 bilion riyal untuk projek perluasan kawasan Masjidil Haram di Mekah. - AGENSI
MEKAH, JUMAAT, 03 Januari, 2013: Kerajaan Arab Saudi memperuntukkan sejumlah 5,800 hartanah bernilai 75 bilion riyal (RM65.9 bilion) untuk projek perluasan kawasan Masjidil Haram di Mekah, menurut kenyataan pejabat Datuk Bandar Mekah Osama al-Bar, di sini hari ini.

Peruntukan itu merangkumi kawasan Hotel Dar Al-Tawhid InterContinental serta bangunan bersebelahan yang merupakan Hotel Hilton lama di sebelah barat dan selatan masjid itu.

Fasa pertama projek perluasan itu termasuk pemindahan 1,150 bangunan melibatkan kos sebanyak 33 bilion riyal (RM29 bilion) diikuti fasa kedua turut memindahkan sebanyak 1,150 bangunan.

Pembantu pegawai projek berkenaan, Abbas Qattan berkata, sebanyak 700 pemilik hartanah masih belum mengemukakan tuntutan pampasan, manakala sebanyak 900 hartanah mengalami masalah dalam pemprosesan pemilikan tanah. - AGENSI/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment