My Add

Wednesday, 8 January 2014

Rogol anak tiri: Penoreh getah dipenjara 15 tahun, 12 sebatan

Oleh ZAAIN ZIN

KOTA BHARU, RABU, 08 Januari, 2014: Seorang penoreh getah dihukum penjara 15 tahun dan sebatan 12 kali oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merogol anak tirinya yang berusia 13 tahun, tahun lalu.

Hakim Mohd. Yusuff Yunus memerintahkan hukuman tersebut berkuat kuasa mulai hari ini selepas tertuduh yang berusia 35 tahun mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

Lelaki yang berkahwin dengan ibu mangsa sejak 2008 itu didakwa merogol anak tirinya di sebuah rumah di sini pada pukul 2.30 pagi, November lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum lapan tahun dan maksimum 30 tahun serta tidak kurang 10 sebatan. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment