PUTRAJAYA, RABU, 29 Februari, 2012: Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan keputusan kerajaan memberi kuasa kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapatkan dokumen perisytiharan harta anggota pentadbiran kerajaan termasuk menteri dan keluarga mereka sebagai sesuatu yang wajar.
Menurutnya, perkara itu sememangnya wajar dilakukan oleh semua menteri Kabinet malah amalan mengisytiharkan harta oleh anggota pentadbiran telah dilaksanakan ketika beliau menjadi Perdana Menteri.
''Baguslah. Dulu ahli Kabinet isytihar aset dekat saya, dulu semua orang kena.
''Jadi tak tahulah dulu barangkali semua miskin belaka kerana tidak ada yang memiliki aset berlebihan, melainkan Tun Daim Zainuddin, semasa dia sertai Kabinet dia sudah jadi jutawan, jadi banyaklah duit dia," katanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment