My Add

Thursday 1 March 2012

Majoriti setuju penyenaraian FGVH

KUALA LUMPUR, RABU, 29 Februari, 2012: Cadangan Tawaran Awam Permulaan (IPO) Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGVH) mendapat persetujuan daripada majoriti peneroka selepas mereka diberi kepastian bahawa pemilikan penuh tanah serta faedah-faedah lain tidak diusik.

Pengerusi Kumpulan Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, sesi penerangan berhubung perkara tersebut akan dilakukan kepada semua peneroka termasuk anak-anak mereka dan pekerja Felda.

"Tanah-tanah yang dimiliki peneroka tidak akan diusik bagi tujuan penyenaraian sebaliknya hanya tanah yang dimiliki oleh Felda Holdings Bhd. pada ketika ini sahaja yang terlibat.

"Selain itu, pegangan peneroka di dalam Koperasi Pelaburan Felda (KPF) akan terus kekal tanpa diusik sesiapa dan terdapat satu syarikat yang ditubuh khas (SPV) akan menyalurkan semua hasil daripada cadangan penyenaraian itu terus kepada peneroka Felda. Ia tidak akan melalui KPF sebalik terus daripada syarikat kepada peneroka," katanya dalam satu kenyataan bagi mengulas mengenai laporan media asing terhadap isu itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment