My Add

Thursday, 1 March 2012

Isteri dikait khalwat dalam proses cerai

Oleh M. SHAHRINNAHAR ABD. LATIB

KUANTAN, RABU, 29 Februari, 2012: Wanita yang dikaitkan dalam kes khalwat dengan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron telah mengemukakan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Rompin pada pertengahan Januari lalu.

Difahamkan, alasan permohonan cerai yang dinyatakan oleh wanita berusia 28 tahun itu adalah kerana sudah tidak mempunyai persefahaman dengan suaminya.

Menurut jurucakap mahkamah, sebutan pertama kes berkenaan telah dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abu Kassim Pilus di dalam kamarnya Isnin lalu sebelum wanita itu memberi keterangan di Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Kuantan berhubung kes khalwat dengan pemimpin PKR berkenaan.

''Permohonan dilakukan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Pahang Darul Makmur," kata jurucakap itu ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment