My Add

Thursday 1 March 2012

Najib ke Kelantan Jumaat ini

KOTA BHARU, RABU, 29 Februari, 2012: Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Kelantan Jumaat ini akan menaikkan semangat ahli-ahli UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk memastikan kemenangan parti pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Perdana Menteri akan melawat tiga daerah iaitu Jeli, Pasir Mas dan Kota Bharu bagi bertemu rakyat di peringkat akar umbi.

Beliau berkata, Perdana Menteri juga akan bertemu dengan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan menutup seminar profesional mengenai masa depan Kelantan.

"Lawatan ini penting untuk meniupkan semangat kepada kami di Kelantan. Kita pilih kawasan-kawasan ini untuk menyuntik semangat kepada jentera parti supaya mereka bekerja lebih kuat lagi bagi memastikan perubahan besar berlaku di Kelantan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama lebih 1,000 pemimpin NGO di sebuah hotel di sini, malam tadi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment