My Add

Thursday, 1 March 2012

Saf kepimpinan mesti Islam

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL

KUALA LUMPUR, RABU, 29 FebRUARI, 2012: Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan hari ini menegaskan saf kepimpinan tertinggi di semua peringkat parti atau saf kepimpinan yang menjadi ahli mesyuarat utama dan tetap Pas mestilah terdiri daripada orang muslim.

Ini kerana, kata beliau, Pas adalah gerakan atau jemaah Islam dan bukannya badan kebajikan atau biro politik kepada jemaah tertentu.

"Non (bukan) muslim tidak perlu tersinggung apa lagi rasa diperkecil apabila tidak masuk senarai wajar mengisi jawatan tertinggi Pas seperti Timbalan Presiden, kerana Pas secara analoginya adalah sebuah rumah orang Islam, jadi ketua keluarga rumah orang Islam tentunya muslim," katanya menerusi status terbaru di laman sosial Facebooknya hari ini.

Kenyataan Nasrudin itu sekali gus menyanggah kenyataan Anggota Majlis Tertinggi Pas, Dzulkefly Ahmad bahawa Pas sedia menerima bukan Islam untuk menduduki jawatan tertinggi dalam parti itu, sehingga ke peringkat Timbalan Presiden sekiranya perlu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment