My Add

Thursday 1 March 2012

Pahang negeri maju 2020 - Adnan

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA

KUANTAN, RABU, 29 Februari, 2012: Pahang mengunjurkan pertumbuhan ekonomi tahun ini meningkat pada kadar 5.2 peratus berbanding 4.9 peratus tahun lalu ekoran peningkatan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI) ke negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, kemasukan pelaburan ke negeri ini juga sangat seimbang iaitu RM1.5 bilion hingga RM2 bilion setiap tahun dalam pelbagai sektor seperti pembuatan, perkhidmatan dan pelancongan.

"Jumlah pelaburan swasta pada tahun lalu mencatatkan rekod tertinggi dalam tempoh 10 tahun iaitu sebanyak RM6.63 bilion berbanding RM1.04 bilion pada tahun 2010.

"Ia kerana wujudnya kestabilan politik, kemudahan prasarana, bekalan sumber asli dan pemantapan modal insan yang menawarkan suasana pelaburan kondusif dan menggalakkan aktiviti ekonomi yang lebih pesat," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Ekonomi Negeri Pahang 2012, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment