My Add

Thursday 1 March 2012

109 kes baru HFMD di seluruh Sarawak hari ini

KUCHING, KHAMIS 01 Mac, 2012: Sebanyak 109 lagi kes baru penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di Sarawak hari ini dengan kes tertinggi dicatatkan di bahagian Kuching iaitu 45 kes.

Jabatan Kesihatan Negeri dalam satu kenyataan di sini menjelaskan selain Kuching kes terbaru turut dilaporkan di Samarahan (24 kes), Bintulu (12), Sri Aman (lapan), Sarikei dan Miri masing-masing enam kes, Mukah (lima), Sibu (dua) dan Betong satu kes.

Empat sekolah iaitu masing-masing tiga di Kuching dan satu di Betong turut diarah tutup hari ini untuk mengelak wabak penyakit tersebut daripada terus merebak.

Daripada 1,621 kes setakat ini hanya lapan pesakit masih lagi mendapat rawatan di beberapa wad hospital di negeri ini manakala tiada kes serius yang dilaporkan.

Menurut kenyataan tersebut, secara keseluruhannya kes masih lagi meningkat khasnya di bahagian Kuching dan Samarahan manakala orang ramai dinasihati sentiasa mengutamakan tahap kebersihan diri dari semasa ke semasa. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment