My Add

Saturday 3 March 2012

2 lelaki Britain didapati bersalah samun pelajar Malaysia

LONDON, SABTU, 3 Mac, 2012: Dua lelaki, semalam didapati bersalah kerana menyamun pelajar Malaysia semasa tercetus rusuhan pada musim panas tahun lalu di London.

Pihak juri Mahkamah London mendapati John Kafunda, 22, bersalah atas dakwaan menyamun dan melakukan kekerasan terhadap Muhammad Asyraf Haziq.

Sementara itu, Reece Donovan, 24, turut disabit kesalahan mencuri dan melakukan kekerasan terhadap Asyraf selain menyamun sebuah pasar raya. – AFP

No comments:

Post a Comment