My Add

Saturday 3 March 2012

SSM perkenal akta baru syarikat yang lebih komprehensif

MUAR, SABTU, 03 Mac, 2012: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan memperkenalkan satu Akta Syarikat yang baru, yang lebih komprehensif dan bercirikan perundangan korporat dinamik, dengan mengambil kira keperluan semasa dan akan datang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu merupakan antara inisiatif yang diambil SSM bagi mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih kondusif dan kompetitif di negara ini.

"Dalam masa yang sama, SSM juga akan memperkenalkan Sistem Extensible Business Reporting Language (XBRL) yang bertujuan memudahkan penyediaan laporan kewangan berasaskan piawaian perakaunan sejagat,” katanya.

Beliau berkata, sistem ini dengan sendirinya akan memastikan semua laporan kewangan syarikat-syarikat tempatan mematuhi piawaian perakaunan yang ditetapkan.

"Inisiatif ini akan mempertingkatkan kebolehpercayaan dan tahap ketelusan terhadap laporan kewangan syarikat-syarikat di negara ini,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival SSM Bersama Rakyat di Pagoh di sini hari ini, sempena ulang tahun SSM ke-10. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment