My Add

Sunday 25 March 2012

4,623 rumah PBR akan dibina di Sarawak tahun ini

SARIKEI, AHAD, 2 Mac, 2012: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLBW) akan membina dan membaik pulih sebanyak 4,623 unit rumah di Sarawak melalui Projek Bantuan Rumah (PBR) sepanjang tahun ini. 

Penyelaras projek KKLBW Sarawak, Kiprawi Saman, berkata kos pembiayaan projek tersebut yang akan dilaksanakan di 31 daerah seluruh negeri ini menelan belanja RM120 juta.

PBR adalah antara program di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan 3 yang dilaksanakan di seluruh negara.

Katanya, tawaran bagi membina dan membaik pulih rumah di bawah PBR akan dibuat kepada kontraktor yang berjaya mulai minggu pertama bulan April ini. 

"Kerja membina dan membaik pulih kesemua rumah terbabit dijadualkan siap sepenuhnya pada akhir Disember tahun ini," katanya kepada pemberita. 

Sementara itu Kiprawi berkata, sebanyak 1,098 rumah PBR berjaya disiapkan di negeri ini tahun lalu, membabitkan kos RM20.1 juta. 

Katanya, sejak PBR dilaksanakan pada tahun 2009 hingga 2011, sebanyak 22,596 rumah berjaya dibina dan dibaik pulih di Sarawak membabitkan peruntukan berjumlah RM408 juta. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment