My Add

Sunday 25 March 2012

Bahasa Tamil perlu dijadikan subjek wajib: Maglin

KUALA LUMPUR, AHAD, 2 Mac, 2012: Bahasa Tamil dicadang dijadikan mata pelajaran wajib bagi pelajar India di sekolah kebangsaan bagi memastikan penguasaan bahasa itu di kalangan generasi muda kaum itu tidak terhakis.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'cruz, berkata ini bagi memastikan pelajar India bukan sahaja mampu bertutur dalam bahasa Tamil dengan baik, tetapi juga mampu membaca terbitan dalam tulisan Tamil.

Pada masa kini, terdapat pelajar Tamil yang hanya mampu bertutur dalam bahasa ibunda mereka tetapi tidak mampu membaca dalam bahasa tersebut dan ini secara tidak langsung mempengaruhi penerbitan karya dalam bahasa Tamil, katanya.

"Isu ini patut diberi perhatian kerana jika tidak masalah kekurangan karya dalam bahasa Tamil sukar untuk diatasi," katanya kepada pemberita selepas menutup program "Mari Membaca 1Malaysia: Ore Malaysia Vaasika Vaarunggal" di sini, hari ini.

No comments:

Post a Comment