My Add

Sunday 4 March 2012

50 terbunuh, 27 cedera dalam nahas jalan raya di Guinea

CONAKRY, AHAD, 04 Mac, 2012: Seramai 50 orang yang berkunjung ke pasar minggu terbunuh dan 27 lagi cedera apabila lori yang membawa mereka terbabas di timur Guinea, semalam. 

Menteri Pentadbiran Wilayah, Alhassane Conde, berkata lori yang membawa mereka adalah punca kemalangan menyebabkan ramai keluarga bersedih.

Saksi berkata, lori berkenaan yang dalam perjalanan dari Moribadou ke pasar minggu di Beyla "menurun laluan berbukit pada kelajuan tinggi apabila brek gagal berfungsi dan terhumban ke dalam gaung. 

14 maut, 60 cedera nahas kereta api di Poland 

Di WARSAW, seramai 14 orang disahkan mati dan 60 lagi mengalami kecederaan apabila dua kereta api bertembung di Szczekociny, selatan Poland, awal pagi tadi sambil anggota penyelamat bertungkus lumus bagi mengeluarkan penumpang. 

"Jumlah kematian dalam nahas teruk ini meningkat kepada 14 orang," kata Menteri Dalam Negeri Poland, Jacek Cichocki di tempat kejadian.
"Setakat ini tiada lagi penumpang yang tidak sedarkan diri dalam gerabak," katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment