My Add

Sunday 4 March 2012

Pas Pusat umum hasil mesyuarat kemelut Pas Kedah hari ini

ALOR SETAR, AHAD, 04 Mac, 2012: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengumumkan keputusan berhubung kemelut pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah pimpinan parti itu, hari ini. 

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub yang mempengerusikan pendengaran berhubung kemelut itu berkata, Abdul Hadi yang mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kerja Pas Pusat akan mengumumkan keputusan itu secara rasmi sama ada di Alor Setar atau Kuala Lumpur.

Mereka yang terbabit dalam kemelut itu ialah Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan anggota-anggota EXCO, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh.

Phahrolrazi dan Dr Ismail tidak mengangkat sumpah bagi pelantikan semula sebagai exco bagi penggal 2012/2013 di Istana Anak Bukit pada 28 Februari lalu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment