My Add

Tuesday 27 March 2012

ADUN BN Selangor bertindak keluar dewan

SHAH ALAM, SELASA, 27 Mac, 2012: Semua enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Selagor keluar sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pagi tadi kerana tidak berpuas hati sikap berat sebelah Speaker DUN, Datuk Teng Chang Khim yang menyebelahi Exco Kerajaan Negeri.

Mereka ialah Datuk Mohd Isa Abu Kassim (Batang Kali), Datuk Mohd Shamsudin Lias (Sg Burong), Wong Koon Mun (Kuala Kubu Bharu), Abdul Shukur Idrus (Kuang), Badrul Hisham Abdullah (Port Klang) dan Datuk Abdul Rahman Palil (Sementa).

Mereka bertindak demikian kira-kira jam 11.30 pagi ini semasa sesi perbahasan sidang DUN selepas Mohd Shamsudin membangkitkan isu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Teng kepada semua Exco kerajaan negeri.

SMS berkenaan dikatakan tersilap hantar kepada bekas Exco, Datuk Dr Hassan Ali yang antara lain meminta semua Exco membuat yang terbaik pada Sidang DUN kali ini serta kejayaan kerajaan negeri di bawah pakatan pembangkang. - BH ONLINE

No comments:

Post a Comment