My Add

Tuesday 27 March 2012

Kerajaan tidak naik harga minyak, tak mahu beban rakyat

PUTRAJAYA, SELASA, 27 Mac, 2012: Kerajaan tidak menaikkan harga minyak buat masa sekarang berikutan peningkatan harga bahan itu di pasaran antarabangsa supaya tidak berlaku pertambahan kos sara hidup semasa yang membebankan rakyat. 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata setakat ini harga minyak memang sudah naik dan subsidi semasa kerajaan bertambah kepada 93 sen semalam berikutan keputusan menghentikan import minyak mentah Iran mulai April, dua bulan sebelum sekatan Amerika Syarikat berkuat kuasa.

"Walaupun subsidi bertambah, kerajaan masih mengekalkan harga minyak semasa kerana kita tahu kalau tak kekalkan subsidi, ia akan menyumbang kepada kenaikan harga barangan lain meskipun tiada kaitan dengan minyak.

"Ini berlaku kerana kos pengangkutan akan meningkat dan akhirnya pengguna yang akan menerima bebanan terbabit kerana kenaikan ini akan disalurkan ke dalam harga barangan. 

"Sebab itulah kerajaan berpendapat dalam keadaan kos sara hidup seharian yang semakin meningkat, subsidi akan dikekalkan supaya kos sara hidup tidak naik," katanya pada sidang media selepas program penjenamaan semula Anugerah Kedai Harga Patut, di sini, pagi tadi. - BH ONLINE

No comments:

Post a Comment