GEORGETOWN, SELASA, 27 ,c, 2012: Seorang anggota polis sukarela ditahan bagi membantu siasatan kes tikam seorang peniaga ayam di Relau dekat sini, malam tadi.
Menurut jurucakap polis, anggota berusia 30-an itu ditahan kira-kira 9.15 malam tadi berhampiran tempat kejadian iaitu di Pangsapuri Alor Vista.
"Hasil tindakan pantas orang ramai yang memaklumkan kejadian berkenaan, polis berjaya menahan lelaki berkenaan yang ketika itu cuba melarikan diri," katanya.
Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengetahui motif sebenar kejadian.
Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa Chong Hoon Huat, 40, cedera di perut dan bahu dipercayai ditikam oleh suspek berkenaan.
Mangsa dikatakan sedang menunggu untuk menaiki lif ke rumahnya apabila dia diserang.
Beberapa orang yang menyaksikan kejadian itu membantu menghalang suspek dari terus menyerang mangsa sebelum suspek melarikan diri.
Chong masih dirawat di Hospital Pulau Pinang. - BH ONLINE
No comments:
Post a Comment