My Add

Tuesday 27 March 2012

DBKL saran bina insinerator di kawasan bandar lupus sampah

KUALA LUMPUR, SELASA, 27 Mac, 2012: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mencadangkan pembinaan insinerator di dalam kawasan bandar raya ini bagi menjimatkan kos dalam proses pelupusan sampahnya. 

Datuk Bandar, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail, berkata ini kerana kos penghantaran sampah untuk dilupuskan di Bukit Tagar, Selangor adalah tinggi kerana lokasinya yang jauh iaitu 80 kilometer dari sini.

Dengan membina insinerator di Taman Beringin atau Taman Fadason seperti yang terkandung dalam Draf Pelan Bandaraya Kuala Lumpur (DPBRKL) 2020, kos pelupusan sampah DBKL dapat dikurangkan, katanya kepada pemberita, di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment