My Add

Thursday 1 March 2012

Batal konsert Erykah Badu tidak rosakkan imej negara

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 01 Mac, 012: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, pembatalan konsert yang dijadual menampilkan penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Erykah Badu, tidak akan merosakkan imej negara di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata, kerajaan Malaysia berhak berbuat demikian kerana sensitiviti agama di negara ini perlu di beri keutamaan dalam membuat sesuatu pertimbangan.

"Saya tak fikir begitu (pembatalan itu menjejaskan imej negara) kerana ada banyak perkara yang perlu dipertimbangkan oleh Malaysia dan hakikatnya penghayatan tentang sensitiviti agama di negara ini, perlu diberi keutamaan.

"Saya berpendapat Malaysia berhak membuat pertimbangan seperti itu dan kami juga menimbangkan hak pihak lain apabila membuat pertimbangan lain,” katanya kepada pemberita di luar Persidangan Menteri-Menteri Asean Bertanggungjawab Bagi Maklumat (AMRI) Ke-11 di sini hari ini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment