My Add

Friday 2 March 2012

Bicara blogger hina mahkamah ditangguh 27 April

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 02 Mac, 2012: Perbicaraan kes menghina makhamah melibatkan penulis blog Amizudin Ahmat yang disaman Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim telah ditangguh kepada 27 April ini.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datin Zabariah Mohd. Yusof menetapkan tarikh itu dalam kamar ketika bertemu peguam Latheefa Koya yang mewakili penulis blog dan Siva Krish yang mewakili menteri, di sini hari ini.

Latheefa memberitahu pemberita, hakim menetapkan tarikh baru selepas membenarkan permohonan peguam Rais untuk penangguhan. Mahkamah sebelum ini dijadual mendengar perbicaraan itu hari ini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment