My Add

Friday 2 March 2012

RM600,000 untuk Batalion 1, 2 Rejimen Sempadan

RODELIO JUNJUN TAUCAN

JELI, JUMAAT, 02 Mac, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM600,000 kepada Batalion 1 dan Batalion 2 Rejimen Sempadan Kem Batu Melintang di sini sebagai menghargai sumbangan anggota tentera di kem berkenaan yang bertugas mengawal sempadan negara.

Menurut beliau, wang tersebut akan disalurkan segera kepada kedua-dua batalion itu untuk digunakan bagi menjaga kebajikan setiap anggota tentera dan ahli keluarga mereka yang tinggal di situ. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment