My Add

Thursday 1 March 2012

Cuai daftar nama anak boleh timbulkan masalah

SEREMBAN, KHAMIS, 01 Mac, 2012: Kecuaian ibu bapa mendaftar kelahiran anak boleh menimbulkan masalah di kemudian hari, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri S. Subramaniam.

"Kadang-kadang ada kes melahirkan bayi di hospital swasta dan mereka tidak mahu ke pejabat JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) untuk membuat pendaftaran kelahiran anak mereka. Jadi, jika mereka tidak mendaftarkan kelahiran anak mereka dan terus tidak mempedulikannya untuk sekian lama, maka ini yang akan menimbulkan masalah di kemudian hari,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau sebelum itu menyampaikan dokumen pengenalan diri hasil daripada kempen MyDaftar peringkat Negeri Sembilan. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Pada majlis itu, seramai 110 orang menerima surat kelulusan permohonan taraf warganegara.

Subramaniam berkata, kecuaian ibu bapa juga berlaku dalam proses permohonan kad pengenalan, kerana apabila anak mereka berusia 12 tahun, tapi mereka tidak membuat permohonan, ada yang menunggu sampai anaknya berumur 18 tahun, baru mereka membuat permohonan.

"Lepas itu kita kena kesan semula sejarah si pemohon untuk mendapatkan bukti kelahirannya sebelum dia boleh mendapat sijil kelahiran dan lepas itu kad pengenalan,” katanya. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment