My Add

Thursday 1 March 2012

Rakyat di sempadan boleh bantu atasi penyeludupan

Oleh TOREK SULONG

PASIR PUTEH, KHAMIS, 01 Mac, 2012: Masalah penyeludupan barangan bersubsidi akan dapat diatasi dengan lebih berkesan sekiranya rakyat yang tinggal di kawasan sempadan lebih bertanggungjawab.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, rakyat sepatutnya bersyukur dan berterima kasih di atas pembelaan yang dilakukan oleh kerajaan bagi meringan kos hidup mereka.

Beliau berkata, sikap golongan terbabit jauh berbeza dengan rakyat negara jiran yang tentunya tidak berani bertindak sedemikian.

"Tanpa kesedaran dan jati diri serta tidak menghargai apa yang dilaksanakan oleh kerajaan, sekatan kes penyeludupan gagal ditangani ke tahap sifar.

"Walaupun beberapa agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Ikatan Relawan Rakyat (RELA) dan tentera sudah ditempatkan mengawal kawasan sempadan di Kelantan, Perak, Kedah dan Perlis tetapi kegiatan itu masih berlaku," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) Tok Bali, dekat sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment