My Add

Tuesday 27 March 2012

Cubaan seludup 27,000 diesel bersubsidi dipatahkan

Oleh TOREK SULONG

PASIR PUTEH, SELASA, 27 Mac, 2012: Pasukan Polis Marin Wilayah 3 mematahkan cubaan menyeludup 27,000 liter diesel bersubsidi bernilai RM48,600 ke negara jiran selepas menahan tiga lelaki Thailand dan dua lelaki tempatan dalam satu operasi di tebing sungai Tok Bali dekat sini awal pagi ini.

Komander Polis Marin Wilayah 3, Asisten Komisioner Azmi Ibrahim berkata, ketika ditahan kira-kira pukul 1.30 pagi, kesemua lelaki terbabit sedang mengisi sebuah lori dengan diesel dalam sebuah kawasan jeti persendirian.

Beliau berkata, kesemua lelaki terbabit berusia antara 44 hingga 55 tahun itu kemudiannya mengepam diesel berbabit ke sebuah bot yang telah diubah suai di tebing sungai berkenan, menggunakan saluran paip dan enjin khas.

"Nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM238,600 membabitkan sebuah bot mengakut barangan berharga RM30,000, diesel (RM48,600) dan sebuah lori tangki bernilai RM120,000.

"Kesemua suspek ditahan di markas Pasukan Polis Marin Tok Bali sebelum diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk tindakan lanjut," katanya di sini, hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment