IPOH, SELASA, 27 Mac, 2012 27 Mac – Tiga anggota polis termasuk seorang berpangkat Inspektor serta dua wanita ditahan reman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan berhubung penemuan komponen senjata api M-16 di sebuah rumah di Bercham di sini baru-baru ini.
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof yang mengesahkan penahanan anggota terbabit memberitahu, kes tersebut masih dalam siasatan dan apabila selesai kelak, terpulang kepada pihak pendakwa raya untuk mengemukakan pendakwaan atau tidak.
“Selepas (berakhir tahanan reman) Jumaat ini, Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan akan membuat kenyataan lanjut mengenai kes ini.
“Saya tidak boleh sahkan apa-apa kerana kalau cerita banyak, ia mungkin akan mengganggu proses siasatan,'' kepada ketika ditemui pada majlis pelancaran Amalan Persekitaran 5S peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment