My Add

Wednesday 28 March 2012

Malaysia hantar pemerhati bagi pilihan raya kecil Myanmar

NAYPYITAW, Myanmar, RABU, 28 Mac, 2012" Malaysia telah memberikan komitmen untuk menghantar pemerhatinya bagi pilihan raya kecil Myanmar pada 1 April.

"Malaysia sudah pasti akan menghantar pasukan kerana kita telah diminta berbuat demikian,” kata Duta Besar Malaysia ke Myanmar, Dr. Ahmad Faisal Mohamed kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Myanmar semalam.

Beliau berkata, Myanmar telah menjemput negara anggota ASEAN termasuk Malaysia dan juga negara lain untuk menjadi pemerhati pada pilihan raya kecil itu.

Senarai pemerhati kini sedang diusahakan, katanya. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment