My Add

Saturday 3 March 2012

Dakwa ditumbuk guru

KLANG. JUMAAT, 02 Mac, 2012: Seorang pelajar lelaki tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di sini mendakwa dia ditumbuk serta dirotan oleh gurunya hanya kerana membuat bising dalam kelas, kelmarin.

Tindakan guru berusia 50 tahun itu mengakibatkan mangsa, Ng Shoon Vee yang berusia 13 tahun mengalami kecederaan di pipi, paha, jari dan bibir.

Mangsa mendakwa, kejadian berlaku kira-kira pukul 11.30 pagi apabila guru berkenaan mengarahkan dia dan seorang lagi pelajar berdiri di luar kelas selepas dituduh membuat bising dalam kelas.

"Selepas diarahkan berdiri, guru itu terus merotan belakang badan dan paha saya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mangsa kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini bersama ibunya sebelum membuat laporan polis pada petang hari yang sama. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment